Ayam Pilau



  • 400g daging ayam, dipotong dadu
  • 250ml Santan Kelapa M&S
  • 500ml air
  • 2 sudu besar stok ayam pekat
  • 400g beras basmati, direndam untuk ½ jam kemudian tapiskan air
  • 2 bawang merah besar, dipotong kasar
  • 2 ulas bawang putih, dipotong kasar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh biji jintan putih
  • 3 batang kayu manis
  • 8 buah pelaga
  • 2 sudu teh garam masala
  • 100g kacang gajus, dibakar
  • 100g kismis, direndam air panas sehingga empuk
  • 5 sudu besar minyak masak
  • * * * *
  • Panaskan minyak masak. Goreng bawang merah besar, bawang putih, lada hitam, biji jintan putih, kayu manis, buah pelaga dan garam masala sehingga naik bau. Masukkan ayam dan goreng sehingga ayam separuh masak. Padamkan api.
  • Masukkan nasi dan bahan-bahan lain ke dalam periuk nasi dan masakkan. Gaulkan nasi sebelum dihidang.

Kongsi Resipi