Ayam Percik



  • 4 keping peha ayam besar, kerat di 3 bahagian
  • 1½ sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 cawan Santan Kelapa M&S
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar lada hitam, ditumbuk
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu teh gula (perap ayam dengan bahan-bahan diatas)
  • 15 bawang merah
  • 1 kunyit segar, saiz ibu jari
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 buah keras
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • * * * *
  • Campurkan bahan-bahan giling dengan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis adan jintan putih. Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan sehingga naik bau.
  • Masukkan Santan Kelapa M&S dan masakkan campuran di atas api sederhana sehingga pekat.
  • Lumur ayam dengan kuah dan panggang. Kerap kali sapu ayam dengan kuah dan masak sehingga warna keemasan.

Kongsi Resipi