Ayam Gulung Rumpai Laut

ayam gulung


  • Kepingan kulit popia, dipotong menjadi saiz 6 x 6
  • Kepingan rumpai laut
  • Telur (dipukul untuk dijadikan sapu telur)
  • 250g isi ayam, dikisar
  • 3 biji sengkuang Cina, dicincang halus
  • 50g lobak merah, dihiris
  • 2 batang daun bawang, dihiris dadu
  • ½ sudu teh serbuk lada
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh serbuk pati ayam
  • 200ml Santan Kelapa M&S Lemak Dikurangkan
  • 1 cawan sos tomato
  • 3 sudu besar cuka
  • 1½ sudu besar gula
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • ¼ sudu teh garam (Campurkan kesemua bahan ini dan renehkan di atas api kecil selama 5 minit)
  • Gaul bahan-bahan A sehingga rata.
  • Alas sekeping rumpai laut di atas sekeping kulit popia, kemudian ratakan dua sudu besar inti ayam ke atasnya (seperti meratakan jam di atas roti). Gulung, dan lekatkannya dengan sapu telur. Ulangi sehingga semua inti ayam habis.
  • Goreng dalam minyak masak panas di atas api sederhana sehingga kekuningan dan rangup. Dihidangkan dengan sos istimewa.

Kongsi Resipi