Ais Potong Kacang Hijau



  • 150g kacang hijau, direndam ½ jam
  • 100g gula 100g gula Melaka
  • 1 cawan Santan Kelapa M&S
  • ½ cawan susu segar
  • 4 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 2 daun pandan
  • Acuan ais potong
  • Didih kacang hijau dalam air. Kemudian, rendahkan api dan masak kacang hijau sehingga lembut. Campur gula, gula Melaka dan garam.
  • Apabila mendidih, rendahkan api dan campur Santan Kelapa M&S, susu segar dan daun pandan. Setelah panas, padamkan api dan keluarkan daun pandan. Kemudian biarkan sejuk. Kisar campuran selama 1 minit dan tuang ke acuan ais potong.
  • Masukkan ke dalam pendingin beku. Biar sehingga beku.

Kongsi Resipi